Wednesday, 28 December 2011

Ke Bentong, Pahang (2)

Tarikh: 25 Disember 2011

Esok tgh harinya tu, kitorg kena bersiap lak nak gi kenduri kawin adik kwn ibu kt Kuala Repas, Bentong.. Dkt je, x jauh sgt pn dari umah atuk aku kt Taman Desa Damai.. Yg ikut cuma abah, ibu, aku, angah n akis..


Lepas kitorg dh balik umah, lepas tu kena gi satu lg majlis pertunangan kt kg. lebu.. Cuaca masa tu ujan, tak ujan, pastu ujan balik.. tapi ujan renyai2 jela..
Lepas kitorg dh nk balik tu, abh ajak lak kitorg gi kt sebatang sungai ni.. kitorg pn ok jela..

Ke Sungai Batu Sekentut

Hah, Sungai Batu Sekentut?.. Bunyi nama tu mcm pelik tp nk wat cmne, dh mmg namanya cmtu.. hehe.. Nilah sungai yg abh aku ajak kitorg gi td.. Sbb ape abh teringin sgt nk gi situ? Nk amik gmbr la.. Kitorg jmpa sungai ni pn masa nk gi kebun atuk ari semalam tu.. kitorg baru tau ada sungai ni sbb kitorg jrg lalu jln tu kalo nk gi kebun atuk.. selalunya ikut jln lain.. Yg ikut gi sungai ni cuma aku, abh, ibu, angah n ayhngh.. Sejarah sungai ni? aku x tau.. sori.. Sungai Batu Sekentut ni terletak bersebelahan dgn sebuah kem motivasi, Kem Smart Bkerp, Kg. Lebu..


Nilah dia sungai batu sekentut tu..
Bentuk2 batu kt sungai ni unik, sbb tula abh beria-ria nk dtg sini nk amik gmbr.. hehe..



Antara gmbr2 masa kt sungai tu.. Ada sebahagian bntuk batu tu nmpk mcm kepala naga.. tapi x ada dlm kamera aku ni.. x perasan masa tu.. Aku tau pn sbb ayh aku ada tgkp gmbr bahagian batu tu kt hp dia..

Kt blakang tula antara tmpt2 kalo nk wat aktiviti kt kem ni.. besar jgk kwsn kem tu..
Lepas dh puas tgkp gmbr tu, kitorg pn naik la keta nk gi satu tmpt lg..

Amik Buah Manggis

Disebabkn keluarga kitorg ni kuat mkn buah, jd x penah rasa jemu mkn buah2an ni.. Skang ni pn musim buah2an tempatan yg top2 ni mcm buah rmbtn, durian n manggis.. hehe.. Kt kebun atuk semalam x dak pokok manggis, jd kitorg gi satu lg kebun atuk kwsn kg. lebu ni nk amik buah manggis lak.. hehe.. 
Abh tgh gunakn galah nk amik buah manggis..
Abah n ibu gunakn galah nk amik manggis..Ayhngh lak pnjt pkk manggis tu nk amik buah2 manggis.. Byk jgk la hasilnya.. hehe.. Lps abis amik buah manggis tu, kitorg pn terus balik umah..
Sekian..

Tuesday, 27 December 2011

Ke Bentong, Pahang

Tarikh: 23 Disember 2011

Hari jumaat petang ari tu, aku dn famili pegi ke umah atuk dn wan aku kt Bentong, Pahang sbb nk melawat wan aku yg tgh sakit.. kitorg bertolak lebih krg kul 6.45 ptg gitu ikut jln genting highlands.. Smpai sana dlm kul 12 tgh malam cmtu arr.. kitorg yg bkn driver pn letih apatah lg drivernya.. letih2 pn smpai je kt umah atuk aku bleh lg sembg2..hehe..

Ke kebun atuk

Tarikh; 24 Disember 2011

Pagi tu, aktiviti seperti biasala, sarapan, mandi dn buat la apa2 yg patut.. Pastu, makteh, makngah ija n kwn2 diorg dtg ke umah atuk aku nk melawat wan aku sbb diorg dh alang2 lalu bentong.. ptg tu, atuk aku ajak kitorg gi kebun dia kt kg. lebu tu sbb byk buah x amik lg.. Jd, kitorg pn bersiap la dgn pakai tracksuit n t-shirt.. Ibu aku dn akis x gi sbb nk jaga wan aku kt umah.. Atuk, pah wan aizam n aku naik keta atuk aku.. ayahngh, angah n abh lak naik 2 motor.. cuaca masa tu mendung2 tp x hujan lg..

Masih kt keta.. x smpai lg..
Dlm perjlnn, lalu Sungai Batu Sekentut ni naik jmbtn..
Akhirnya, smpai jgk kt kebun atuk.. Cuaca kt sana masih mendung2 lg.. tapi kitorg kena cepat amik buah2 tu sbb takot ujan turun.. Mcm2 buah ada, pulasan, rmbutn merah n rmbutn gading..

Pondok rehat kebun atuk aku..
Atuk aku tgh memetik buah rmbtan..
Masa utk petik buah pulasan lak.. kt sini ada byk pkk pulasan yg atuk aku tnm.. kwsn kebun, biasala mesti ada byk kerengga pnya yg buat srg kt sini.. hehe..

Ayhngh menunjukkn buah2 pulasan..
Dh abis amik buah pulasan, pegi ke keta nk letak buah2 pulasan ni kt dlm bonet keta lak.. Tgk kt blakang tu, dh ada tanda nk hujan dh..
Makan2 dulu.. hehe..
Angah yg baru balik dr kebun kt bwh nun..
Abh, atuk n ayhngh x abis2 amik buah2 lg.. hehe..
Angah la yg kesian sbb masa cuaca dh hujan, abh n ayhngh kt bwh lg sbb x abis petik buah lg.. Jd, agh sorg2 la yg dok la kt atas tu dlm hujan.. hehe.. Masa tu atuk dh naik atas dh jd aku, wan aizam pah dn atuk x kena hujan la sbb kitorg naik keta.. Atuk ckp kitorg yg naik keta ni kena balik cpt2 bila ujan turun sbb jln tu dhla berbukit, bertanah merah dn x rata.. kalo lecah kena air hujan tu abisla x bleh balik sbb keta tersekat.. kalo yg naik motor ni bleh la lepas gak.. Tapi kitorg x balik umah terus.. kitorg tunggu dulu kt satu kwsn yg hujannya dh berenti sbb nk tunggu abh, ayhngh n agh yg naik motor ni dulu..

Nilah tmpt kitorg menunggu tu..
Gmbr pemandangan dr atas bukit yg saje2 snap sementara tunggu diorg..
Atuk lak tgh smbg2 dgn kwn dia..
Tunggu pnya tunggu, smpai jgk diorg.. lps tu, barula kitorg balik umah.. Bersambung..
Sekian..


Monday, 12 December 2011

Mara Intensif, Gifted and Talented Youth Programme ( MIGTY ) MRSM Pengkalan Hulu 2011 - Perasmian

Tarikh: 18 Oktober 2011

Selepas aku n rakan2 seperjuangan form 3 MRSM Pengkalan Hulu tamat peperiksaan PMR 2011, kitorg diberikn cuti selama 5 hari, dari hari Khamis-Isnin.. (form2 lain xleh balik..) Kiranya pihak maktab bg kitorg cuti rehat la selepas PMR kt umah..hehe..

Cuti pnya cuti, kena balik ke maktab semula.. Malam tu, lepas habis solat isyak, suma pelajar form 3 kena pi bilik seminar utk sesi taklimat program MIGTY yg diberikn oleh kaunselor.. (Kaunselor kitorg penyelaras utk program MIGTY taun 2011 ni..) Taklimat tu habis dlm kul 10.30 mlm gitu la..(dh x berapa igt dh.. hehe..) 

Program MIGTY ni lebih kurang aktiviti2 utk suma pelajar2 form 3 MRSM di seluruh Malaysia la lepas habis PMR.. Aktiviti2 ditetapkn oleh pihak maktab sendiri.. Ada akitiviti dlm maktab n luar maktab.. (tp taun ni kitorg byk aktiviti kt dlm maktab la.. hehe..) Program MIGTY kt MRSM Pengkalan Hulu taun ni sebenarnya 3 minggu, tp disebabkn byk maktab2 lain wat 2 minggu je, jd kitorg pn wat 2 minggu jgk la.. hehe.. Jd, Kitorg leh la cuti panjang terus dr hujung bulan Oktober pd taun ni hingga bkk skolah pd taun dpn.. hehe.. Lama tu.. Sambung cite..

Esok pg tu, kitorg kena gi bilik seminar lg sbb ada perasmian MIGTY lak.. Kitorg kena pakai baju badge pd pg tu.. (nk nmpk seragam sikit la..)
Dlm majlis perasmian ni, Asmu'i (bekas ahli Lembaga Disiplin Pelajar) la yg kena jd pengerusi majlis..


Masa ni pengetua MRSM Pengkalan Hulu n suma timbalan2 pengetua turut hadir dlm majlis ni.. Guru2 pn ada la jugak sikit2 yg hadir.. Sorila sbb aturcara majlis perasmian MIGTY ni x berapa igt dh.. hehe.. 
Sekian..

Lokasi: Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Hulu, Perak D.R

Thursday, 8 December 2011

Makan Buah Rambutan

Tarikh: 28 November 2011

Rambutan kt luar umah paklong byk yg dh masak jd dia suruhla kitorg amik sikit.. jd kitorg pegi la umahnya ptg tu.. hehe.. Rambutan kt umah paklong tu jenis rambutan gading.. ptg tu lepas kitorg sampai kt umah paklong, kitorg dudukla kt luar umah tu dulu.. sembg2 apa yg patut.. Pastu barula bermula aktiviti mengait n mengutip buah-buah rambutan yg telah dikait itu.. 

Pengait buah rambutan: Abah aku
Pengutip buah rambutan: Aku, ibu aku n angah
Tukang sapu daun2 gugur: Ibu aku, aku, abh aku, Hakim, Apis n Akis
Tukang rasa rambutan yg telah dikait: Ibu aku n angah

Abah aku sedang mengait rambutan dgn gigih..
Bila je rambutan2 tu gugur ke atas tanah, pengutip buah rambutan ni terus mengutip buah rambutan tu dn masuk ke dlm plastik bag yg telah diberikn..

Sedang mengutip buah rambutan..
Antara buah2 rambutan yg telah berjaya dikutip..
Angah n ibu si perasa rambutan..hehe..
Hakim yg sedang menyapu daun2 pkk rambutan yg gugur..
Tiba2 dtg lg dua org yg nk tolong sapu daun..
 Abh aku juga turut menolong menyapu dedaun yg gugur..
Lepas suma dedaun yg gugur tu dikumpulkn, kitorg pn bakarla dedaun tersebut.. 
Alhamdulillah, semuanya berjalan dgn lancar dn rambutan2 tersebut telah dibahagikn kpd 3 iaitu utk makngah, makteh n kitorg sekeluarga.. lepas tu, kitorg pn rehatla sekejap di luar umah paklong..

Angah yg sdg berehat..
Abh n makngah yg sedang berehat..
Lepas mengucapkn tima kasih kt paklong, kitorg pn balik ke umah masing2..
Sekian..

Tuesday, 29 November 2011

Aksi Melompat

Tarikh: 7 November 2011

Citer MRSM Pengkalan Hulu ditangguh seketika ye.. Kali ni nk citer pasal kt kampung halaman lak.. hehe..
Citenya ialah aksi melompat drpd 4 org yg aku kenali ni iaitu angah, akis, ain dn zidane.. Aksi ni dilakukan kt luar umah wan aku.. Kiranya, n3 kali ni cite n gmbr pn pasal melompat-lompat ni je la..hehe..
suma sedang stand by nk melompat tapi masa ni x jadi.. keh2..
Sebenarnya, ain, akis n zidane je yg nk nk tangkap gmbr melompat tapi tiba2 dtg sorg ni sibuk nk join skali iaitu si angah.. jd, aku pn bg la dia join skali..
mungkin angah nk tunjuk skil melompat dia kot setelah berlatih melompat banyak kali kt umah.. lol.. 
Setelah melompat tu, inilah hasilnya:
Gaya yg pertama..
Gaya yg kedua pulok
Lepas habis tu, aku sekeluarga pn dh nk balik umah.. Sekian..

P/S: Sebenarnya n3 kali ni saje2 je cite.. Kenala cite jgk lifetime story kt sini.. Tkkn sikit2 nk citer tentang kt MRSM Pengkalan Huluuuuuuu je.. Xbest la plak.. Hehe.. itu je.. Arigato gozaimasu for baca this blog.. Will update again soon.. Insya-Allah..

Friday, 18 November 2011

Berpuasa di MRSM Pengkalan Hulu: Hari Pertama

Tarikh: 1 Ogos 2011

Akhirnya, bulan yg sangat mulia dn penuh dgn rahmat Allah s.w.t ini dh menjelang.. Alhamdullilah, aku dipanjangkn umur lg utk beribadah kpd-Nya dn menikmati bln Ramadan utk thn ni..
Utk bln Ramadan tahun ni, aku x dpt berpuasa bersama famili kt umah pd hari pertama sbb hari sebelumnya tu, suma pelajar kena pulang maktab balik (sbb tarikh pulang mlm dr 29 July-31 July 2011)..
Pada bln ni juga, mestila ada byk program yg pihak maktab buat utk suma pelajar seperti:
  • Tadarus Al-Quran setiap petang
  • Pegi ke Bazaar Ramadan Pengkalan Hulu
  • Solat Terawih di Masjid Jamek Pengkalan Hulu
  • Berbuka Puasa Perdana Bersama Guru2\
Sekian..
Lokasi: Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Hulu, Perak D.R
Sekadar gambar hiasan

Thursday, 17 November 2011

Persiapan Hari Anugerah Pengetua dan Pelancaran Program Gemilang Tingkatan 2 dan 4 MRSM Pengkalan Hulu

Tempat: Dewan Serbaguna MRSM Pengkalan Hulu
Tarikh: 29 July 2011

Pada suatu pagi yg indah, suma pelajar dikehendaki pegi ke Dewan Serbaguna MRSM Pengkalan Hulu kerana akan diadakn satu majlis rasmi iaitu Hari Anugerah Pengetua dan Pelancaran Program Gemilang Tingkatan 2 dan 4.. Ibu bapa pn dijemput sekali ke majlis ni supaya dapat memeriahkan lg majlis.. 
(Utk pengetahuan, pelajar yg berhak menerima anugerah pengetua ni ialah pelajar yg mendapat PNG 3.5 dn ke atas dalam akedemik semasa Peperiksaan Semester yg lalu..Aku pn alhamdullilah la dpt gak anugerah ni.. )
Tapi pada malam sebelum tu, suma pelajar MRSM Pengkalan Hulu dh boleh paking barang2 masing2 dh sbb selepas hari anugerah tu boleh pulang bermalam terus selama 3 hari iaitu dari hari Jumaat sampai hari Ahad..
Sambung cerita, selepas habis sarapan pagi kt Dewan Makan, suma pelajar terus bergegas ke Dewan Serbaguna MRSM Pengkalan Hulu.. Tapi sebelum masuk dewan tu kenala berkumpul kt luar dewan tu dulu nk kira suma pelajar dh dtg ke blum.. Mungkin takut ada yg tertidur kt asrama lg terlupa nk dikejutkan kot..
Suma pelajar sdg berkumpul kt luar dewan..
Lepas suma pelajar dh ada barula boleh masuk ke dalam dewan serbaguna ni.. Pelajar yg dpt anugerah pengetua ni lak kena dok depan skali ikut form.. Ibu bapa lak dok sebelah kanan dewan..(Pelajar form 1 x dpt sbb masa semester hari tu diorg ada program MARA iaitu Program KAT 1(Kemahiran Asas Tingkatan 1) jd aritu diorg cuma ada ujian KAT 1 jela..
Ibu bapa sdg duduk di tempat masing2..
Keadaan dalam dewan serbaguna..
Tunggu pnya tunggu akhirnya pengetua n suma guru dh sampai dn masuk ke dalam dewan utk duduk di tempat yg telah disediakan..
Org yg duduk kt sebelah aku..
Abg form 5 yg ditugaskn utk merakamkan majlis tersebut dgn kamera video pihak maktab..
First2 Pelancaran Program Gemilang Tingkatan 2 dan 4 dulu berlangsung.. Lepas habis pelancaran, baru Anugerah Pengetua berlangsung.. Form 3 ada 30 org yg dpt Anugerah Pengetua ni.. 
Antara pelajar form 3 yg dpt Anugerah Pengetua..
Tunggu pnya tunggu lg tibala giliran aku utk amik Sijil Anugerah Pengetua.. Tp bkn sijil je dpt, cenderamata pn dpt gak.. Selalunya dpt sijil je..
Ni la cenderamatanya, tak tau apa namanya tp dlm bntuk kaca..
Lepas habis Anugerah Pengetua, maka habis la majlis pd hari tu.. Selepas keluar dewan, suma pelajar pegi kpd ibu bapa masing.. (bg ibu bapanya yg hadir) Tapi disebabkan majlis tu habis awal dlm pukul 11.00 gitu (sbb waktu boleh balik kol 12.00 tgh hari), maka suma pelajar ada pegi ke asrama dulu, ada yg makan kt Cafeteria MRSM Pengkalan Hulu bersama dgn ibu bapa mereka.. Lepas je pukul 12.00, suma pelajar terus pulang ke rumah masing2.. (ada jgk yg x balik masa ni sbb ibu bapa diorg xleh dtg..
Sekian..

Lokasi: Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Hulu, Perak D.R

Wednesday, 16 November 2011

Minggu Aktiviti Sem 2: Bermain Dam Haji dan Dam Ular

Tempat: Sekitar Astaka MRSM Pengkalan Hulu
Tarikh:28 July 2011

Selepas habis membuat persiapan Hari Anugerah n Pelancaran PG (rujuk n3 dulu), Ptg tu lak ada lg satu aktiviti iaitu bermain permainan masa zaman budak2 dulu seperti Dam Haji n Dam Ular.. Walaupn ia merupakan permainan masa zaman budak2 dulu tetapi sampai ke usia skarang pn masih syok nk main lg.. hehe.. 
Sambung cerita, selepas habis solat Zohor, suma pelajar form 3 kena gi ke astaka MRSM Pengkalan Hulu.. Sesampai shj di astaka kena la tunggu lak penyelaras utk aktiviti ni utk bg sekotak permainan Dam Ular n Dam Haji (Ala, sekotak pn dlmnya sikit je.. hehe..Cukup2 utk suma pelajar form 3..)
Sedang menunggu penyelaras utk aktiviti ni tiba..
Selepas dh amik permainan yg hendak dimain oleh mereka, pegi la mana2 pn tempat utk bermain tetapi sekitar astaka MRSM Pengkalan Hulu je la.. Maka bermula la aktiviti utk ptg tu..
Gini la keadaannya semasa bermain dam haji..
Masa ni, ramai la yg main dam haji drpd dam ular.. Mungkin sbb dam haji lebih mencabar drpd dam ular kot, sbb dam haji kena pikir byk2 dulu sebelum memulakan langkah.. Kalo dam ular lak ikut nasib je, kalo nmbr dadu yg dibaling tu bernasib baik, baik la langkahnya atau boleh naik tangga, kalo nmbrnya x best, kena la mkn dek ular tu.. hehe..

Antara gmbr semasa diorg tgh sibuk main dam haji..
Masa main dam haji ni pn ada la org2 yg kena psyco dgn pihak lawan diorg, ada yg senyap je plak n ada la sorg manusia ni dia x main apa2 pastu sibuk tgk perlawanan diorg pastu tlg salah satu drpd diorg.. Mana x bengang org yg x ditlg tu.. hehe..
Gmbr org tgh mesin rumput Padang MRSM Pengkalan Hulu ni saje je letak kt sini..
Main pnya main tiba2 azan Asar pn berkumandang.. Lepas habis azan kitorg pn berhenti main dn berkumpul semula di dalam astaka.. Selepas tu bekas BWP badge kitorg pn bagi la sikit ucapan penghargaan kpd semua pelajar form 3 MRSM Pengkalan Hulu kerana memberikan komitmen yg baik sepanjang minggu aktiviti ni berlangsung.. Maknanya aktiviti ptg tu merupakan aktiviti yg terakhir kitorg la dlm minggu aktiviti itk semester ni..
Sedang memberikan ucapan kpd kitorg..
Sekian..
Lokasi: Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Hulu, Perak D.R

Monday, 14 November 2011

Persiapan Hari Anugerah Pengetua dan Pelancaran Program Gemilang Tingkatan 2 dan 4

Tempat: Dewan Serbaguna MRSM Pengkalan Hulu
Tarikh: 28 July 2011

Aktiviti kali ni cuma melibatkn kelas2 form 3 yg terpilih iaitu kelas 303 n 304(kelas aku).. Aktivitinya ialah kena tolong dlm membuat persiapan seperti tajuk n3 di atas ni.. Hari Anugerah n pelancaran PG tu berlangsung esok paginya.. Kelas ni terpilih masa kitorg tgh relax selepas dh puas tgk projek SEM Type 3 form 2 n form 4 (rujuk n3 terdahulu).. Sebenarnya persiapan ni AJK2 nya yg kena wat ttp orgnya x cukup nk wat suma kerja jd sorg cikgu yg bertanggungjawab ni mintak la pertolongan daripada kitorg.. Maka, ktorg pn lepas tu terus bergegas ke Dewan Besar MRSM Pengkalan Hulu..
Sampai sudah di dewan serbaguna..
Kalo nk masuk dewan masa ni kena bkk kasut dulu sbb x mau lantai dewan tu kotor sebelum hari anugerah tu berlangsung (sbb lantai dewan tu baru je lepas dimopkan..) Maknanya masa hari anugerah tu leh la masuk dgn kasut..
Tapi lepas je kitorg masuk dewan tu cikgu ckp jgn masuk lg, duduk kt keluar dulu sbb kena tunggu arahan dulu yg akan diberikan kpd kitorg nnti..
Ada yg sempat main 'aiskrim soda' lg sementara tunggu arahan.. hehe..
Sementara tunggu arahan tu apalagi, kitorg pn smbg2 la dulu, main2 (seperti gmbr di atas).. Tiba2 lepas tu cikgu pn panggil la kitorg utk beri arahan yg sepatutnya.. Dh diberikan arahan, maka kitorg pn terus mula bekerja seperti menyapu dewan, susun kerusi, letak karpet merah dan sebagainya..
Kerja menyusun kerusi bermula..
Kerja pnya kerja, akhirnya siapla persiapan dewan serbaguna utk hari anugerah nnti.. Lepas tu, kitorg pn balik la asrama masing2, lepas tu solat Zohor secara berjemaah di surau MRSM Pengkalan Hulu.. Sekian..

Lokasi: Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Hulu, Perak D.R