Monday, 31 October 2011

Pesta Makan Durian

Tempat: Sekitar MRSM Pengkalan Hulu


Pada hari ni, MRSMPH telah mengadakan satu lg aktiviti yg menarik iaitu Pesta Makan Durian.. Ia diadakn pd waktu ptg.. Sebelum ia berlangsung, guru-guru telah meminta bantuan daripada pelajar form 3 utk mengagihkn durian2 ini mengikut homeroom.. Satu homeroom 11 biji durian.. durian2 ni telah dibawa oleh sebuah lori ke sini.. Banyak tu..
Sdg gigih mengagihkn durian2 ni..
seorg guru sdg mmberi arahan kpd kami mengenai susunan durian2 tersebut..
Mengambil gmbr kenang-kenangan
 Setelah selesai mengagihkn durian tersebut, kitorg pegi ke kelas masing2 seperti biasa.. Para pelajar sudah x sabar2 nk mkn durian2 tu nnti termasukla guru2 homeroom skali.. hehe..
Pada ptg tu, dlm kul 3.15 ptg, suma pelajar telah berkumpul mengikut homeroom atas arahan penyelaras aktiviti homeroom.. selepas itu, setiap wakil2 homeroom boleh mengambil durian2 masing2 yg telah ditetapkn.. Ada juga pulut dn kuah durian yg telah disediakn sebagai makanan tambahan.. Fuhh.. Selepas tu, semua homeroom boleh mengmbil tmpt mana2 shj di sekitar mktb utk menjamah buah durian tersebut.. Lupa nk bgtau, peralatan utk mengupas durian tidak disediakan.. jd, kena cari inisiatif sendiri la nk ngupasnya.. hehe..
seorg drpd homeroom kami sdg berusaha mengupas durian
Akhirnya, terkupas juga durian td.. hehe..
Homeroom kami nk kupas durian tu guna pisau lipat tu je sebagai permulaan nk bkk durian tu.. Pastu byk guna kekuatan tgn la.. hehe.. Disebabkn homeroom kitorg x cukup masa nk perabih durian tu kt situ, kitorg bwk la durian tu ke asrama (sambung mkn kt sana).. aktiviti tu tamat pada kul 4.30 ptg.. Sekian..

Majlis 90 Hari Sebelum PMR

Tempat: Bilik Seminar MRSM Pengkalan Hulu.

Apa? Tinggal lg 90 hari para pelajar form 3 di seluruh Malaysia akn menduduki satu lg peperiksaan besar iaitu PMR 2011? Disebabkn itu, MRSM Pengkalan Hulu tlh berjaya melaksanakn satu lg majlis rasmi (utk form 3 shj) iaitu Majlis 90 Hari Sebelum PMR.. Objektif majlis ini diadakn adalh utk memberi kesedaran kpd para pelajar form 3 MRSMPH betapa sekejapnya masa berlalu. Pejam, celik, pejam, celik dh PMR.. itulh perkataan yg selalu diperkatakn oleh guru2 cemerlang di sini.. Seramai 103 pelajar MRSMPH (pd masa tu) akn menduduki PMR akn menduduki PMR pd thn ini.. Majlis ini bermula selepas rehat iaitu pukul 10.30 pg..
Para pelajar form 3 MRSMPH sdg khusyuk mendengar ucapan pengetua..
Pengetua sdg berucap di pentas Bilik Seminar
Aku ni lak bertugas di bahagian komputer sepanjang majlis ini berlangsung.. Para guru PMR yg lain pn ada jgk berucap dalam majlis ini.. Sebelum majlis ini tamat, satu cenderamata telah diberikan kpd pengetua iaitu Ikrar Calon PMR MRSMPH.. Majlis ini tamat lebih kurang pukul 12.00 tgh hari cmtu la (x berapa ingat.. hehe..) Sekian..

Aktiviti Cat Kelas

Akhirnya, kelas-kelas di MRSM Pengkalan Hulu bakal memiliki wajah yg baru setelah 3 tahun MRSM ini dibina.. Sebab? kelas-kelas ini akan dicatkan mengikut 2 warna yg tlh dipilih sendiri oleh ahli-ahli kelas masing2. Bahagian dinding bawah akan dicatkan dengan warna gelap dan bahagian atas sebaliknya. Untuk mengelakkan dua bahagian cat ini daripada bertembung, cat putih telah menjadi sempadan antara dua bahagian ni. Proses mengecat kelas ini mengikut giliran yg telah ditetapkn..
proses mengecat putih utk sempadannya
Lupa nk bgtau, sebelum tu kena kikis dulu kesan2 selotep pd dinding tu bg mengelak kecacatan pd dinding stelah habis mengecat nnti..
proses mengikis kesan2 selotep pd dinding..

sempat berposing walaupn sdg letih bekerja..
Bila mengecat ni mesti barang2 yg bersangkut pd dinding dan barang2 yg dirapatkan pd dinding perlu dialihkan dahulu.. barang bersangkut seperti papan putih dialihkn dengan bantuan staf MRSMPH. Brg2 yg dirapatkn ke dinding ttu lak kitorg la yg kena alihkn sendiri seperti loker..
Staf maktab sedang gigih mengalihkn papan putih drpd dinding
Pada prep petang, kerja mengecat ini dismbgkn lg.. Kali ni bermulalah proses cat kelas.. Peralatan mengecat semuanya telah disediakn oleh pihak mktb.. Kelas ini dicatkan oleh ahli2 kelas masing2 dismping dgn bantuan  guru.
Proses cat kelas bermula!!
Sdg gigih untuk menceriakn kelas..
Antara guru yg bertanggungjwb dlm aktiviti ini (bahagian tengah, mencangkung)
Timbalan Pengetua HEP juga turut memberi bantuan dan tips2 yg brguna dlm aktiviti ini..

Setelah selesai mengecat kelas, brg2 yg tlh dialihkn td disusunkn semula mengikut tmpt asalnya.. Sekian..

Sunday, 30 October 2011

Tayangan dan Jualan

Kali ni nk cita pasal satu aktiviti pada minggu aktiviti semester 1.. diadakan pd wktu mlm yg baik cuacanya selepas solat Isyak..  Aktiviti yg dimksdkn tu ialah Tayangan n Jualan. Lepas solat Isyak, suma pelajar bergegas ke dataran pelajar MRSM Pengkalan Hulu utk berebut tempat hadapan di samping nk beli mknn kt gerai yg disediakn.. Aku n beberapa kwn aku turut join skali nk wat jualan.. kalo sewa tapak saje; RM5, kalo tapak n gas; RM10 dan kalo tapak, gas n peralatan skali; RM 15.. kitorg sewa yg RM15 tu.. bkn ape, senang skit, xyah nk beli dh peralatan memasak dh..

Sedang sibuk menyediakan makanan

Tayangan yg ditygkn pd mlm tu ialah Maharaja Lawak Akhir. Disebabkan MLR tu start kol 10 mlm, jd sementara menunggu tu diorang bkk Imam Muda dulu..

Antara rakan seperjuangan yg terlibat dgn perniagaan ni..
Ada gak perkhidmatan jualan bergerak
Memang penat tetapi hasilnya berbaloi..

Lepas MRL dh habis.. suma pelajar pn balik la ke asrama masing2.. kitorg ni lak kena kemas dulu tempat jualan kitorg.. Ada lebihan makanan tu kitorg bg free kt asrama nnti..
Sekian..

Menunggu bas Selepas Solat Jumaat

27 May 2011
Cerita ini berlaku selepas solat Jumaat.. Pada hari ini juga merupakan hari pulang bermalam (PB) bg cuti pertengahan tahun.. Jadi pakaian nk pi solat Jumaat pn baju batik.. Selesai solat Jumaat di Masjid Jamek Kg. Kuak Luar, Pengkalan Hulu, seperti biasa la, semua pelajar lelaki MRSM Pengkalan Hulu berebut-rebut keluar daripada masjid sbb nk naik bas awal termasuk la aku skali..hehe.. ( sbb kalo naik bas balik awal, boleh mkn cpt.. hehe..)
Tetapi tidak berbaloi bg yg keluar awal tu sbb bila tunggu pnya tunggu, bas tak dtg2.. pelik gak.. selalunya bas dtg awal (bas maktab pada hari tu xdak jd pihak maktab menempah 1 bas luar la utk pergi balik..)..
Syahiran n Aslam(Form 3) sdg menunggu bas sambil sempat posing pd kamera..

Sambil2 menunggu bas di panas terik tu aku sempat la snap beberapa gmbar nk hilangkan bosan.. Lama gak la tunggu, lebih kurang 15-20 minit camtu la..
Suasana ketika pelajar lelaki menunggu bas..
Masih bersemangat walaupn menunggu di panas terik.. hehe..
Kecewa kerana bas x sampai.. tetapi tetap menunggu

Akhirnya, beberapa minit lepas tu, bas sampai gak akhirnya, dgn bantuan daripada ketua warden. Rupa-rupanya bas tu lmbt sampai sbb drebar basnya (seorang non-muslim) tgh mkn masa tu..
Sampai maktab, semua pelajar lelaki dptla balik ke rumah masing2..
Tamat..
                                

Saturday, 29 October 2011

Sesuatu Yang Baru (Mukaddimah)

Alhamdullilah.. Akhirnya, aku telah memulakan sesuatu yang baru pada hari ini.. Sesuatu yang baru yg dimaksudkan itu ialah mewujudkan blog aku sendiri setelah tamat pengajian form 3 2011 di MRSM Pengkalan Hulu, Perak pada hari ini.. Blog ini dapat diwujudkan dengan adanya bantuan daripada pakar blogger iaitu ibuku sendiri dari segi signing, designing dan posting.. hehe.. Sila beri tunjuk ajar ye.. Sekian..