Tuesday 29 November 2011

Aksi Melompat

Tarikh: 7 November 2011

Citer MRSM Pengkalan Hulu ditangguh seketika ye.. Kali ni nk citer pasal kt kampung halaman lak.. hehe..
Citenya ialah aksi melompat drpd 4 org yg aku kenali ni iaitu angah, akis, ain dn zidane.. Aksi ni dilakukan kt luar umah wan aku.. Kiranya, n3 kali ni cite n gmbr pn pasal melompat-lompat ni je la..hehe..
suma sedang stand by nk melompat tapi masa ni x jadi.. keh2..
Sebenarnya, ain, akis n zidane je yg nk nk tangkap gmbr melompat tapi tiba2 dtg sorg ni sibuk nk join skali iaitu si angah.. jd, aku pn bg la dia join skali..
mungkin angah nk tunjuk skil melompat dia kot setelah berlatih melompat banyak kali kt umah.. lol.. 
Setelah melompat tu, inilah hasilnya:
Gaya yg pertama..
Gaya yg kedua pulok
Lepas habis tu, aku sekeluarga pn dh nk balik umah.. Sekian..

P/S: Sebenarnya n3 kali ni saje2 je cite.. Kenala cite jgk lifetime story kt sini.. Tkkn sikit2 nk citer tentang kt MRSM Pengkalan Huluuuuuuu je.. Xbest la plak.. Hehe.. itu je.. Arigato gozaimasu for baca this blog.. Will update again soon.. Insya-Allah..

Friday 18 November 2011

Berpuasa di MRSM Pengkalan Hulu: Hari Pertama

Tarikh: 1 Ogos 2011

Akhirnya, bulan yg sangat mulia dn penuh dgn rahmat Allah s.w.t ini dh menjelang.. Alhamdullilah, aku dipanjangkn umur lg utk beribadah kpd-Nya dn menikmati bln Ramadan utk thn ni..
Utk bln Ramadan tahun ni, aku x dpt berpuasa bersama famili kt umah pd hari pertama sbb hari sebelumnya tu, suma pelajar kena pulang maktab balik (sbb tarikh pulang mlm dr 29 July-31 July 2011)..
Pada bln ni juga, mestila ada byk program yg pihak maktab buat utk suma pelajar seperti:
  • Tadarus Al-Quran setiap petang
  • Pegi ke Bazaar Ramadan Pengkalan Hulu
  • Solat Terawih di Masjid Jamek Pengkalan Hulu
  • Berbuka Puasa Perdana Bersama Guru2\
Sekian..
Lokasi: Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Hulu, Perak D.R
Sekadar gambar hiasan

Thursday 17 November 2011

Persiapan Hari Anugerah Pengetua dan Pelancaran Program Gemilang Tingkatan 2 dan 4 MRSM Pengkalan Hulu

Tempat: Dewan Serbaguna MRSM Pengkalan Hulu
Tarikh: 29 July 2011

Pada suatu pagi yg indah, suma pelajar dikehendaki pegi ke Dewan Serbaguna MRSM Pengkalan Hulu kerana akan diadakn satu majlis rasmi iaitu Hari Anugerah Pengetua dan Pelancaran Program Gemilang Tingkatan 2 dan 4.. Ibu bapa pn dijemput sekali ke majlis ni supaya dapat memeriahkan lg majlis.. 
(Utk pengetahuan, pelajar yg berhak menerima anugerah pengetua ni ialah pelajar yg mendapat PNG 3.5 dn ke atas dalam akedemik semasa Peperiksaan Semester yg lalu..Aku pn alhamdullilah la dpt gak anugerah ni.. )
Tapi pada malam sebelum tu, suma pelajar MRSM Pengkalan Hulu dh boleh paking barang2 masing2 dh sbb selepas hari anugerah tu boleh pulang bermalam terus selama 3 hari iaitu dari hari Jumaat sampai hari Ahad..
Sambung cerita, selepas habis sarapan pagi kt Dewan Makan, suma pelajar terus bergegas ke Dewan Serbaguna MRSM Pengkalan Hulu.. Tapi sebelum masuk dewan tu kenala berkumpul kt luar dewan tu dulu nk kira suma pelajar dh dtg ke blum.. Mungkin takut ada yg tertidur kt asrama lg terlupa nk dikejutkan kot..
Suma pelajar sdg berkumpul kt luar dewan..
Lepas suma pelajar dh ada barula boleh masuk ke dalam dewan serbaguna ni.. Pelajar yg dpt anugerah pengetua ni lak kena dok depan skali ikut form.. Ibu bapa lak dok sebelah kanan dewan..(Pelajar form 1 x dpt sbb masa semester hari tu diorg ada program MARA iaitu Program KAT 1(Kemahiran Asas Tingkatan 1) jd aritu diorg cuma ada ujian KAT 1 jela..
Ibu bapa sdg duduk di tempat masing2..
Keadaan dalam dewan serbaguna..
Tunggu pnya tunggu akhirnya pengetua n suma guru dh sampai dn masuk ke dalam dewan utk duduk di tempat yg telah disediakan..
Org yg duduk kt sebelah aku..
Abg form 5 yg ditugaskn utk merakamkan majlis tersebut dgn kamera video pihak maktab..
First2 Pelancaran Program Gemilang Tingkatan 2 dan 4 dulu berlangsung.. Lepas habis pelancaran, baru Anugerah Pengetua berlangsung.. Form 3 ada 30 org yg dpt Anugerah Pengetua ni.. 
Antara pelajar form 3 yg dpt Anugerah Pengetua..
Tunggu pnya tunggu lg tibala giliran aku utk amik Sijil Anugerah Pengetua.. Tp bkn sijil je dpt, cenderamata pn dpt gak.. Selalunya dpt sijil je..
Ni la cenderamatanya, tak tau apa namanya tp dlm bntuk kaca..
Lepas habis Anugerah Pengetua, maka habis la majlis pd hari tu.. Selepas keluar dewan, suma pelajar pegi kpd ibu bapa masing.. (bg ibu bapanya yg hadir) Tapi disebabkan majlis tu habis awal dlm pukul 11.00 gitu (sbb waktu boleh balik kol 12.00 tgh hari), maka suma pelajar ada pegi ke asrama dulu, ada yg makan kt Cafeteria MRSM Pengkalan Hulu bersama dgn ibu bapa mereka.. Lepas je pukul 12.00, suma pelajar terus pulang ke rumah masing2.. (ada jgk yg x balik masa ni sbb ibu bapa diorg xleh dtg..
Sekian..

Lokasi: Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Hulu, Perak D.R

Wednesday 16 November 2011

Minggu Aktiviti Sem 2: Bermain Dam Haji dan Dam Ular

Tempat: Sekitar Astaka MRSM Pengkalan Hulu
Tarikh:28 July 2011

Selepas habis membuat persiapan Hari Anugerah n Pelancaran PG (rujuk n3 dulu), Ptg tu lak ada lg satu aktiviti iaitu bermain permainan masa zaman budak2 dulu seperti Dam Haji n Dam Ular.. Walaupn ia merupakan permainan masa zaman budak2 dulu tetapi sampai ke usia skarang pn masih syok nk main lg.. hehe.. 
Sambung cerita, selepas habis solat Zohor, suma pelajar form 3 kena gi ke astaka MRSM Pengkalan Hulu.. Sesampai shj di astaka kena la tunggu lak penyelaras utk aktiviti ni utk bg sekotak permainan Dam Ular n Dam Haji (Ala, sekotak pn dlmnya sikit je.. hehe..Cukup2 utk suma pelajar form 3..)
Sedang menunggu penyelaras utk aktiviti ni tiba..
Selepas dh amik permainan yg hendak dimain oleh mereka, pegi la mana2 pn tempat utk bermain tetapi sekitar astaka MRSM Pengkalan Hulu je la.. Maka bermula la aktiviti utk ptg tu..
Gini la keadaannya semasa bermain dam haji..
Masa ni, ramai la yg main dam haji drpd dam ular.. Mungkin sbb dam haji lebih mencabar drpd dam ular kot, sbb dam haji kena pikir byk2 dulu sebelum memulakan langkah.. Kalo dam ular lak ikut nasib je, kalo nmbr dadu yg dibaling tu bernasib baik, baik la langkahnya atau boleh naik tangga, kalo nmbrnya x best, kena la mkn dek ular tu.. hehe..

Antara gmbr semasa diorg tgh sibuk main dam haji..
Masa main dam haji ni pn ada la org2 yg kena psyco dgn pihak lawan diorg, ada yg senyap je plak n ada la sorg manusia ni dia x main apa2 pastu sibuk tgk perlawanan diorg pastu tlg salah satu drpd diorg.. Mana x bengang org yg x ditlg tu.. hehe..
Gmbr org tgh mesin rumput Padang MRSM Pengkalan Hulu ni saje je letak kt sini..
Main pnya main tiba2 azan Asar pn berkumandang.. Lepas habis azan kitorg pn berhenti main dn berkumpul semula di dalam astaka.. Selepas tu bekas BWP badge kitorg pn bagi la sikit ucapan penghargaan kpd semua pelajar form 3 MRSM Pengkalan Hulu kerana memberikan komitmen yg baik sepanjang minggu aktiviti ni berlangsung.. Maknanya aktiviti ptg tu merupakan aktiviti yg terakhir kitorg la dlm minggu aktiviti itk semester ni..
Sedang memberikan ucapan kpd kitorg..
Sekian..
Lokasi: Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Hulu, Perak D.R

Monday 14 November 2011

Persiapan Hari Anugerah Pengetua dan Pelancaran Program Gemilang Tingkatan 2 dan 4

Tempat: Dewan Serbaguna MRSM Pengkalan Hulu
Tarikh: 28 July 2011

Aktiviti kali ni cuma melibatkn kelas2 form 3 yg terpilih iaitu kelas 303 n 304(kelas aku).. Aktivitinya ialah kena tolong dlm membuat persiapan seperti tajuk n3 di atas ni.. Hari Anugerah n pelancaran PG tu berlangsung esok paginya.. Kelas ni terpilih masa kitorg tgh relax selepas dh puas tgk projek SEM Type 3 form 2 n form 4 (rujuk n3 terdahulu).. Sebenarnya persiapan ni AJK2 nya yg kena wat ttp orgnya x cukup nk wat suma kerja jd sorg cikgu yg bertanggungjawab ni mintak la pertolongan daripada kitorg.. Maka, ktorg pn lepas tu terus bergegas ke Dewan Besar MRSM Pengkalan Hulu..
Sampai sudah di dewan serbaguna..
Kalo nk masuk dewan masa ni kena bkk kasut dulu sbb x mau lantai dewan tu kotor sebelum hari anugerah tu berlangsung (sbb lantai dewan tu baru je lepas dimopkan..) Maknanya masa hari anugerah tu leh la masuk dgn kasut..
Tapi lepas je kitorg masuk dewan tu cikgu ckp jgn masuk lg, duduk kt keluar dulu sbb kena tunggu arahan dulu yg akan diberikan kpd kitorg nnti..
Ada yg sempat main 'aiskrim soda' lg sementara tunggu arahan.. hehe..
Sementara tunggu arahan tu apalagi, kitorg pn smbg2 la dulu, main2 (seperti gmbr di atas).. Tiba2 lepas tu cikgu pn panggil la kitorg utk beri arahan yg sepatutnya.. Dh diberikan arahan, maka kitorg pn terus mula bekerja seperti menyapu dewan, susun kerusi, letak karpet merah dan sebagainya..
Kerja menyusun kerusi bermula..
Kerja pnya kerja, akhirnya siapla persiapan dewan serbaguna utk hari anugerah nnti.. Lepas tu, kitorg pn balik la asrama masing2, lepas tu solat Zohor secara berjemaah di surau MRSM Pengkalan Hulu.. Sekian..

Lokasi: Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Hulu, Perak D.R

Thursday 10 November 2011

Minggu Aktiviti Sem 2: Schoolwide Enrichment Model Type 3 2011

Tempat: Makmal Sains MRSM Pengkalan Hulu
Tarikh: 28 July 2011


Pesta SEM Type 3 ataupn nama penuhnya Schoolwide Enrichment Model Type 3 ni sebenarnya utk form 2 n form 4 je.. Saje je citer psl aktiviti form lain lak kali ni..hehe.. Pesta SEM type 3 ni merupakan aktiviti utk pelajar MRSM (form 2 n form 4) di seluruh dunia utk mendedahkan kajian mereka sendiri x kisah dr segi reka cipta atau sains kpd pelajar2 lain..Pemarkahan diberikan kpd setiap kumpulan.. kalo ada pemarkahan maknanya adala juri2 nya.. Juri2 ni tergolong dlm kalangan guru2 MRSM Pengkalan Hulu.. Diorg wat aktiviti ni masa kitorg dh abis mkn roti sardin (rujuk n3 sebelum ni).. Kitorg smpt la pi tgk majlis perasmian SEM Type 3 ni.. Form 2 n form 4 suma kena berkumpul kt Dataran Pelajar MRSM Pengkalan.. Yg kitorg ni lak (form 3) duduk kt meja batu tu je sbb kitorg bknnya terlibat pn dlm aktiviti ni.. hehe..
Timbalan Pengetua HEP sdg berucap..
Berucap pnya berucap akhirnya rasmi la Pesta SEM type 3 ni..
Perasmiannya dilakukan dgn melepaskan belon ke udara..
Lepas habis jer perasmian, suma pelajar form 2 n form 4 terus bergegas ke makmal sains utk mempersembahkan kajian diorg setelah bersusah payah selama berbulan-bulan utk menyiapkan dn menyempurnakn kajian diorg.. Preparation diorg dilakukan mlm semalam.. Aku pn pernah la rasa pengalaman terlibat dlm Pesta SEM Type 3 ni thn lepas (2010) dn lg meriah sbb byk skolah2 luar (sekitar baling n pengkalan hulu) dijemput utk tgk aktiviti ni.. Tahun ni lak x tau la sama ada diorg x dijemput ataupn dh dijemput tapi xmau dtg.. Sunyi jer.. Kitorg pn mintak la kebenaran cikgu penyelaras nk pi tgk kajian diorg, bila dh dpt kebenaran kitorg pi la makmal sains pi tgk..
Seorg pelajar form 2 sdg menerangkn pd kitorg tentang kajian yg diorg lakukan..
Diorg display kajian diorg guna board yg keras tu.. pastu lekat la kertas2 yg berkenaan kt board tu.. nk hias2 pn bleh la kt board tu, dpt markah byk sikit.. Kitorg (form 3) x sempat nk tgk habis suma kajian yg ada pd hari tu sbb kitorg pn ada slot utk aktiviti kitorg lak lepas ni.. Kesimpulan aku utk Pesta SEM Type 3 pd thn 2011 ni: Menarik la kajian diorg walaupn xla semeriah thn lepas..hehe..
Sekian..
Lokasi: Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Hulu, Perak D.R

Wednesday 9 November 2011

Minggu Aktiviti Sem 2: Jom Makan Roti Sardin

Tempat: Bengkel KH MRSM Pengkalan Hulu

Pasal minggu aktiviti ni masih x habis lg.. Kali ni nk citer pasal aktiviti makan2 lak.. Masa ni, form 2 n form 4 tgh sibuk dgn aktiviti SEM Type 3 diorg.. Kitorg (form 3) ni lak ada aktiviti seperti yg telah dinyatakan di atas.. Form 1, Form 3 n Form 5 x terlibat dgn SEM Type 3 ni jd ada la aktiviti2 tersendiri seperti yg telah dinyatakan kt jadual minggu aktiviti..
Pg tu, kitorg kena berkumpul kt luar bengkel Kemahiran Hidup, berbaris ikut group yg telah ditetapkan (laki2, pompuan2).. Tunggu punya tunggu akhirnya cikgu yg terlibat dlm aktiviti pn sampai.. Aku n beberapa org rakan disuruh oleh cikgu utk amik roti2 n bhn2 lain kt pejabat.. 
Sedang menunggu dgn penuh kesabaran..
Lepas dh bwk roti2 tu kt dlm bengkel, bermulalah aktiviti tersebut.. Pelajar2 lelaki diasingkan daripada pelajar2 pompuan.. Maknanya lelaki n pompuan bengkel dia lain2 la.. Bhn2 nya seperti biasa la setiap group dpt: roti sebuku, sardin setin, bawang sebijik, limau purut sebijik, cili merah sebiji, cili padi secukupnya.. Peralatan lak: pisau lipat sebilah, sudu n garpu 1x, pinggan 1x..
Ni la bhn2nya.. Pisau lipat group kitorg ada dua sbb yg lg satu tu cilok mana tah.. hehe..
Aktiviti ni bknnya pertandingan tau.. cuma saje2 je.. Jd xdak hadiah la walaupn sesedap mana pn.. hehe..
Ni bkn group aku.. cuma saje2 je snap group lain.. hehe..
Hatim sdg menunjukkan bawangnya..

Nak jugak diambil gmbr.. hehe..

Syok sbb dpt mkn free.. hehe..
Buat pnya buat pnya buat roti tu akhirnya suma group dh siap roti sardinnya.. Akhirnya tibala masanya utk mkn roti sardin masing2.. Sedap.. Walaupn mknnnya simple tp cukup la utk diisikan ke dlm perut yg tgh lapar masa tu.. hehe.. 
Sdg menikmati roti sardin hasil daripada usaha sendiri..
Ada jgk sorg ni yg sanggup menerima cabaran yg ekstrim (boleh dikatakan la) iaitu bubuh semua cili2 padi yg lebih tu pastu bubuh dlm roti sardin pastu MAKAN.. Ttp dia mkn dgn selamba je, x rasa pedas pn.. Hmm, mungkin dia dh biasa mkn cili mentah kot sebelum ni.. Apa-apa ajela.. Kalo apa2 terjadi, dia yg tanggung sendiri..
Ni la dia orgnya.. Tgk gaya dia mkn mcm sedap jer..
Lepas habis mkn, kenala kemas2 bengkel tu.. basuh pinggan, basuh sudu n garpu, buang surat khabar dlm tong sampah dn sebagainya..
Timun yg lebih2 tu, kitorg wat la penyejuk mata.. Sekurang-kurangnya xla membazir kn? Hehe..
Sekian..
Lokasi: Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Hulu, Perak D.R

Monday 7 November 2011

Minggu Aktiviti Sem 2: Sukaneka

Tempat: Depan n Belakang Astaka MRSM Pengkalan Hulu
Tarikh: 27 July 2011

Petang tu, kitorg(form 3) ada aktiviti sukaneka.. cikgu2 pn bleh turut serta gak.. Ada 2 je aktiviti sukaneka masa tu sbb kesuntukan masa, iaitu aktiviti pass2 belon air n the musical chair.. Walaupn aktiviti sikit je ttp kitorg suma berpuas hati+letih pd ptg tu..
Aktiviti pertama: Pass2 belon air
Dalam acara ni, setiap group akan diberi sebaldi belon air+sabun (nk bg licin la).. Lepas tu kena pass2 kt ahli2 group kt blakang, pastu ahli group yg terakhir tu kena letak belon air tu kt dlm baldi satu lg.. Kiranya group sapa paling byk belon kt baldi tu dia menang la.. Tapi kalau belon pecah, itu nasib tanggung sendiri la.. hehe..
MRSM Pengkalan Hulu,  minggu aktiviti
Suma group sdg bersiap sedia..
Aku org pertama dlm group aku kena baling belon air ni..
Group cikgu2 pn bersemangat..
Aktiviti 2: The Musical Chair
Dalam acara ni lak, seperti peraturan biasa la, sapa org paling last dpt survival dlm permainan ni dikira pemenang la.. Tapi ikut turn la, laki2, pompuan2..
Tgh fokus pd muzik.. haha..
Lepas habis, sempat gak ambil gmbr kenang-kenangan..



Cikgu2 gembira, kitorg pn gembira..
Tamatla sudah aktiviti utk ptg tu.. kul 6:30 kitorg asrama, mandi2, pakai baju nk pegi prep mlm dh terus ke surau utk solat maghrib.. Lepas solat baru mkn mlm.. Sekian..

Sunday 6 November 2011

Minggu Aktiviti Sem 2: Pengurusan Jenazah

Tempat: Surau MRSM Pengkalan Hulu

Ni apahal dtg van jenazah ni. Ha, baca n3 ni dulu.. hehe..

Kita sambung lg.. Selepas habis aktiviti Islamic Explorace tu, kitorang rehat jap dr kul 1.00-2.30ptg.. Slot Agama Islam x habis lg jd ptg tu Unit Agama Islam wat lak satu lg aktiviti iaitu Cara2 Pengurusan Jenazah.. Kali ni melibatkan penceramah luar lak (dr baling jer..). Tepat je kul 2.30ptg, kitorg (form3) terus bergegas ke dalam surau MRSMPH.. Bila kitorg masuk je dlm surau, penceramah tu dh siap keluar dh peralatan nk urus jenazah.. Lepas tu beliau panggil sapa yg nk jd model jenazah..
Zairief la org yg rela nk jd model pn..kehkeh..
Ada jgk ayat kena baca masa nk wat ni.
Gmbr kt atas ni menunjukkan proses nk wat saiz kain kapan yg sesuai dgn ukuran bdn jenazah.. lepas ni beliau nk tunjuk lak proses mandi jenazah..Proses ni dilakukan di luar surau ni jer
Penceramah sdg menyediakan tmpt mandi jenazah..
Berkerumun org tgk termasukla beberapa cikgu join skali. hehe.. Modelnya masa proses ni pn Zairief gak.
Ni la dia air daun bidara setelah dikisar..

Tgh angkat Zairief ke tempat mandian. hehe..
Selepas shj Zairief diletakkn di atas tmpt mandi jenazah, maka bermulalah proses mandi jenazah ni.. Sebelum tu, beberapa tips diterangkn terlebih dahulu oleh penceramah ni..
Lubang hidung n lubang telinga pn perlu dicuci gak..
Lepas habis proses mandi jenazah, tibalah langkah yg terakhir iaitu mengafankan jenazah. ( Sebelum tu, zairief pegi pakai baju kt tandas dulu la..). Ia dilakukan kt dlm surau..
Nilah ia proses nk mengafankan jenazah.. Huh, masa ni barula ada perasaan takut akan mati dlm kalangan pelajar kt sini.. Insafla konon.. hehe.. Tp nk wat cmna, xleh nk elak gak mati ni sbb mmg Allah dh takdirkn cmtu dlm kehidupan manusia..
Tepat pd waktu Asar, maka berakhir sesi Pengurusan Jenazah ni.. Dn berakhirla jgk slot Agama Islam ni.. Sekian..