Sunday, 6 November 2011

Minggu Aktiviti Sem 2: Pengurusan Jenazah

Tempat: Surau MRSM Pengkalan Hulu

Ni apahal dtg van jenazah ni. Ha, baca n3 ni dulu.. hehe..

Kita sambung lg.. Selepas habis aktiviti Islamic Explorace tu, kitorang rehat jap dr kul 1.00-2.30ptg.. Slot Agama Islam x habis lg jd ptg tu Unit Agama Islam wat lak satu lg aktiviti iaitu Cara2 Pengurusan Jenazah.. Kali ni melibatkan penceramah luar lak (dr baling jer..). Tepat je kul 2.30ptg, kitorg (form3) terus bergegas ke dalam surau MRSMPH.. Bila kitorg masuk je dlm surau, penceramah tu dh siap keluar dh peralatan nk urus jenazah.. Lepas tu beliau panggil sapa yg nk jd model jenazah..
Zairief la org yg rela nk jd model pn..kehkeh..
Ada jgk ayat kena baca masa nk wat ni.
Gmbr kt atas ni menunjukkan proses nk wat saiz kain kapan yg sesuai dgn ukuran bdn jenazah.. lepas ni beliau nk tunjuk lak proses mandi jenazah..Proses ni dilakukan di luar surau ni jer
Penceramah sdg menyediakan tmpt mandi jenazah..
Berkerumun org tgk termasukla beberapa cikgu join skali. hehe.. Modelnya masa proses ni pn Zairief gak.
Ni la dia air daun bidara setelah dikisar..

Tgh angkat Zairief ke tempat mandian. hehe..
Selepas shj Zairief diletakkn di atas tmpt mandi jenazah, maka bermulalah proses mandi jenazah ni.. Sebelum tu, beberapa tips diterangkn terlebih dahulu oleh penceramah ni..
Lubang hidung n lubang telinga pn perlu dicuci gak..
Lepas habis proses mandi jenazah, tibalah langkah yg terakhir iaitu mengafankan jenazah. ( Sebelum tu, zairief pegi pakai baju kt tandas dulu la..). Ia dilakukan kt dlm surau..
Nilah ia proses nk mengafankan jenazah.. Huh, masa ni barula ada perasaan takut akan mati dlm kalangan pelajar kt sini.. Insafla konon.. hehe.. Tp nk wat cmna, xleh nk elak gak mati ni sbb mmg Allah dh takdirkn cmtu dlm kehidupan manusia..
Tepat pd waktu Asar, maka berakhir sesi Pengurusan Jenazah ni.. Dn berakhirla jgk slot Agama Islam ni.. Sekian..

Friday, 4 November 2011

Majlis Perpisahan Cikgu Juhaida..

Tarikh: 21 July 2011
Tempat: Belakang Surau MRSM Pengkalan Hulu

Sesuatu yg menyedihkan telah berlaku.. Cikgu Juhaida yg merupakan guru Sains form 3 telah meninggalkan MRSMPH kerana akan menyambung pelajarannya di oversea iaitu di Australia.. Cikgu Juhaida memulakan tugasnya sebagai guru Sains di sini sejak tahun 2010.. Disebabkan itu, sebuah majlis perpisahan telah diadakan secara tidak besar-besaran la sgt..(sbb nk wat sekadar yg mampu jer..)
First2, cikgu Juhaida memberikan ucapan beliau dn pesanan kpd kami (form 3) supaya wat yg terbaik masa PMR.. Insya-Allah.. Lepas tu, setiap ketua kelas dikehendaki memberikan ucapan dn kata2 semangat kpd cikgu Juhaida..
Nilah beliau Cikgu Juhaida yg dikasihi..
Kitorg pn ada gak wat makan2 sikit2.. ala, makan roti jala jer.. sorang sebungkus, dalam ada dua roti jala.. okla tu kn, hehe.. lepas habis majlis tu, kitorg pegila prep malam seperti biasa.. Masa ni cikgu Juhaida sanggup meluangkan masanya bersama-sama pelajarnya walaupn sdg sibuk buat preparation (paking barang) sbb esok beliau akn meninggalkan MRSM ni..
Mengambil gmbr beramai-ramai (form 3) bersama cikgu Juhaida..
Semoga cikgu Juhaida terus berusaha walau di mana jua beliau berada.. Sekian..

Wednesday, 2 November 2011

Minggu Aktiviti Sem 2: Islamic Explorace

Tempat: Sekitar MRSM Pengkalan Hulu

Pada satu hari yg indah dn baik cuacanya di minggu aktiviti, ada satu aktiviti utk form 3 yg sgt best.... haha.. nk tau? kt tajuk n3 ni pn dh tau.. betul, aktiviti pagi hari tu ialah Islamic Explorace.. Aktiviti tu merupakan aktiviti utk slot Agama Islam.. Disebabkn masa tu form 3 dh nk PMR, jd aktiviti form 3 pn byk pasal subjek2 PMR la.. hehe.. Kini, tibala giliran slot Agama Islam lak..
Setiap nama group tu menggunakan nama pejuang Islam terdahulu.. cth seperti Khalid al- Walid dan Abu Bakar as-Siddiq..Group aku checkpoint pertamanya kena gi astaka wat demonstrasi cmna nk bertayamum (bkn menggunakan debu tanah, tp tepong sebagai cnth je..) Setiap group tu seorg je wakil yg kena wat demonstrasi tu.. lepas habis tu, habisla comot2 muka n tgn si wakil ni dgn tepong.. hehe.. Sekalung penghargaan gak la utk si wakil ni sbb relakan diri utk menjadi wakil group.. hehe..
Lepas habis checkpoint tu, dptla klu utk ke checkpoint seterusnya.. ha, checkpoint ni semua group bengang sikit.. Sebab apa, kitorg cari pnya cari x jumpa2 org yg jaga checkpoint tu.. last2 jmpala gak.. Rupa-rupanya diorg menyorok kt satu tmpt berdekatan dr tmpt yg sepatutnya diorg duduk.. hampeh sungguh..
Dua penjaga checkpoint ni la ni yg nyorok tu.. ish3..

Tugas utk checkpoint ni plak kena wat cara menegur yg baik kt sorang guru pastu suruh guru nilai dn bg markah berdasarkn cara menegur group tu.. hehe..
Byk group yg cuba bodek cikgu masa ni.. haha
Lps habis checkpoint ni, pergi plak ke checkpoint yg seterusnya iaitu tugasnya kena nyanyi lagu nasyid (semua ahli group kena nyanyi).. x kisah nk nyanyi lagu apa2 pn jnji lagu nasyid..
keadaan kt checkpoint ni.. nyanyi jgn x nyanyi.. hehe..
Habis ni, kena gi checkpoint seterusnya lak.. Tmptnya kt surau MRSMPH.. kali ni tugasnya kena wat cara solat ketika sakit secara menelentang dn mengiring.. 
Ginilah keadaannya.. hehe..
Checkpoint ni merupakan checkpoint yg terakhir jd lepas habis jer checkpoint ni group kitorg terus berlari ke dataran pelajar (tmpt berkumpul semua group) nasib group kitorg baik, walaupn bkn kedudukan tmpt pertama ttp group kitorg bkn group yg terakhir yg sampai.. Yeah..
Perasaan gembira di hati biarpun penat berlari
Antara ahli2 AJK yg bertanggungjwb dlm Islamic Explorace ni..
Mengambil gmbr kenangan..
Walaupn telah habis checkpoint ttp masih ada lg satu tugasan utk suma group iaitu persembahan cheers.. Alamak.. aku dh la lemah bab2 cheers ni.. hehe..
Bermcm2 style dan cara cheers setiap group..
Pak Haji sdg memberi ceramah sebelum memulakn cheers diorg..haha..
Pada tengah hari, selepas suma group dh wat cheers maka berakhirla aktiviti kitorg pd pg ni.. Pemenang2 akn dimaklumkan kemudian.. Sekian..

Tuesday, 1 November 2011

Mari Mengundi Calon2 BWP

Tempat: Dewan Serbaguna MRSM Pengkalan Hulu


Disebabkn Badan Wakil Pelajar (BWP) sesi 2010/2011 dh dibubarkn, pemilihan utk sesi 2011/2012 telah dilaksanakn.. Apabila borg percalonan BWP telah dikeluarkn, berebut-rebut pelajar2 form 2 n form 4 ( sebab jawatan BWP ni khas utk form 2 n form 4 je..) utk mengambil borg tersebut.. Perjalanan masa pemilihan BWP 11/12 adalah seperti berikut:
  • BWP 10/11 dibubarkn
  • Borg percalonan BWP dikeluarkan
  • Penghantaran borg BWP
  • Ujian sahsiah diri
  • Pengumuman calon yg layak utk menghadiri sesi temuduga
  • Sesi temuduga berlangsung
  • Pengumuman calon yg layak utk bertanding dlm pilihan raya
  • Satu malam diberikn kpd calon2 utk memberikn manifesto2 mereka
  • Kempen bermula
  • Pilihan raya dilakukan 
Pilihan raya ni dilakukn di Dewan Serbaguna MRSM Pengkalan Hulu pd hari Jumaat (petang), iaitu dr kul 2.30 ptg sehingga kul 5.00 ptg.. Jd bila bkk jer kaunter pendaftaran tu, ramai la yg bergegas ke kaunter tersebut utk mengundi.. Aku ni lak first2 tu dtg awal jgk dgn kwn2.. Fuhhh, tersangatla ramainya sampai berpeluh bdn menunggu.. 
biarpn penat menunggu ttp tetap bersemangat utk mengundi.. hehe..

Tunggu pnya tunggu, xdpt2 jgk brg ngundi tu.. Ini xleh jd ni.. jd kitorg pn balik la dorm dulu sbb leh gak smbang santai dan rehat2 kn bdn sekejap drpd menunggu lama kt situ sj.. dh la panas masa tu..
Rehat2 sampai kul 4.00 ptg gitu, barula pegi balik ke dewan sbb tgk org dh x ramai dh masa tu.. Akhirnya, dptla pn borg undian tu.. LEGA.. Tp nk kena tunggu org lain ngundi dulu, jd kitorg pn beratur la.. pnjg jugakla line beratur dia.. Kena la tunggu lg....
Kaunter pndaftaran utk mengambil borg undian..

Borang Undian
Sedang beratur menunggu giliran utk mengundi
Tunggu pnya tunggu lg, akhirnya tiba gak giliran utk ngundi.. Yeah.. SPR menyediakn 7 meja utk mengundi dn 5 kotak utk masukkan borg undian tu mengikut form 1-5.. Bila ada je meja kosong, ada yg terus lari ke meja tersebut dn ada yg jalan cpt2 je.. (kontrol macho la konon) .. kah..kah.. Seorg pengundi cuma boleh ngundi:
  • Utk calon form 4, cuma 9 org calon lelaki dan 6 org calom pompuan sj.
  • Utk calon form 2 lak, cuma 1 org calon lelaki dan 1 org calon pompuan sj.
Keadaan tempat mengundi di dalam dewan serbaguna MRSMPH..
Lepas kitorg selesai mengundi, kitorg pn terus la bergegas ke surau utk solat Asar berjemaah.. Malam tu barula diumumkan calon2 yg layak memegang jawatan BWP 11/12.. Pengumuman tu dibuat di dalam asrama masing2 melalui PA System dr Pusat Pelajar mengikut jumlah undian.. Sekian utk hari ini..