Tuesday 7 February 2012

Program KIKS: Fieldtrip ke Botanical Garden, Pulau Pinang

Tarikh: 29 Januari 2012 (Ahad)

Aktiviti Fieldtrip (anjuran slot English Communication Skills) nilah slot yg paling ditunggu oleh kitorg dlm program KIKS ni.. yela, sbb slot nilah yg kitorg leh lakukn akitiviti luar maktab pn.. Kalo sikit2 buat aktiviti dlm maktab jer, bosan jgk kn..Kitorg nk ucapkn terima kasih kpd penyelaras Program KIKS dn pihak pengurusan kerana telah berusaha menjayakn aktiviti ni..

Fieldtrip kali ni, kitorg akn gi ke Penang Botanic Garden di Pulau Pinang, agak jauh la dlm 2 jam gitu baru smpai.. hehe.. Kitorg kena berkumpul di luar foyer pejabat kul 8.00 a.m.. Bertolak kul 8.30 a.m.. Kenderaan kitorg nk ke sana ialah satu bas MRSM Pengkalan Hulu, satu bas MRSM Baling dn van MRSM PH.. Sementara nk nunggu bas MRSM Baling tu smpai, cikgu penyelaras Program KIKS ni memberikn taklimat dulu mengenai Fieldtrip ni..
Bas MRSM Baling dh pn smpai.. Pelajar2 lelaki akn naik bas MRSM Pengkalan Hulu dn plajar2 pompuan plak akn naik bas MRSM Baling.. Kalo dua2 bas dh penoh, yg lebih2 tu naik van..
Bergmbar dulu sbelum bertolak.. Berlatarbelakangkn bas MRSM Baling..
Dlm bas MRSM Pengkalan Hulu.. Pada masa ni pelajar2 KIKS ni akn diberikn satu roti krim, satu sandwich sardin, satu air kotak dn satu air mineral utk sarapan pagi.. Lepas dh letak suma brg2 kt dlm bas barula kitorg bertolak..
Sblum tu, baca doa dulu memohon kepadaNYA supaya perjlnn kitorg selamat tiba dn pulang..
Dlm separuh prjlnn tu, kitorg R&R jap kt Petronas.. Nk buang air ke nk kuar duit kt ATM ke.. Kalo  yg rasa2 pening nk beli air 100 Plus ke, kt sinila sbb lepas ni nk trus gi ke destinasi, xdak berenti2 dh..
Pastu, akhirnya dh smpai ke Jambatan Pulau Pinang yg merupakn jmbtn yg  terpanjang di Asia Tenggara ni..
Taqi sdg merakam pemandangan laut dr jmbtan pulau pinang dgn menggunakn handicam..
Kt dlm Pulau Pinang masa ni, xla jem sgt sbb bkn pada cuti pnjg.. jd, cptla sikit kitorg smpai ke destinasi..

Nk citer sikitla tentang Penang Botanic Garden ni..Ia terletak berhampiran dengan bndr Georgetown.. Taman ini memainkan peranan sebagai sebuah institusi botani yang penting di Malaysia. Taman ini juga menjadi sebuah taman riadah dan rekreasi awam yang utama di Georgetown.Ia juga dikenali sebagai Waterfall Garden sbb kt situ jgk ada air terjun yg besar..
Taman Botani ini berpotensi tinggi menarik kehadiran ramai pelancong dan ia juga telah dikenal pasti untuk disenaraikan sebagai taman tercantik di dunia. Sebanyak RM1 juta diperuntukkan setahun bagi kerja penyelenggaraan dan dianggarkan 100,000 orang pengunjung melawatnya setiap tahun.
Pada 2010, RM7 juta diperuntukkan untuk menaik taraf taman ini. Taman ini juga akan disenaraikan dalam sebuah buku bertajuk 1001 taman tercantik di dunia.. 
Cmnila rupa Air Terjun kt Botanic Garden tu dulu..
Smbg balik citer.. Lps kitorg dh smpai kt Botanic Garden tu, kitorg diberikn taklimat dulu.. Tugas kitorg adalah setiap group kena interview minimum 4 org dn maximum 10 org pelancong asing yg dtg ke Botanic Garden tu mengenai Penang.. 
Kitorg masuk melalui pintu utama Penang Botanic Garden ni.. Masuk adalah percuma..
Bg sapa yg naik train ni atau buggy, cuma RM 2 bg dewasa dn RM 1 bg kanak2 (12 thn ke bwh)..
Pengembaraan bermula.. Aku group dgn Naim, Dayat, Dhia, Salahuddin n Aziz..
Bergmbr sekejap kt Taman Jepun yg ada kt Botanic Garden ni..
Mula2 igt dh xdak harapan dh sbb kitorg x jmpa sorg pn pelancong asing.. Pastu kitorg cari pnya cari, akhirnya jmpa gak dgn sepasang suami isteri ni dr Scotland.. Kitorg pn interview diorg..
Lepas dh abis interview tu, kitorg pn tgkpla gmbr dgn diorg sbgai kenang-kenangan.
 Pastu kitorg teruskn lg prjlnn dn dpt interview 3 org lg pelncong asing ni..
- Mashari, dtg dr Kuwait..
- Hatim, dtg dr Saudi Arabia
- Safa, dtg dr Oman
Salah seorg pelancong asing yg kitorg interview..
Group kitorg jmpa interview cukup2 4 org je sbb kitorg lepas tu nkla jugak bersiar-siar kt Botanic Garden ni.. 
Kitorg gi jungle trekking jap kt situ dn akhirnya jmpa Kolam Lily ni..
Taman Orkid..
Pokok yg menarik perhatian kitorg.. Apa nama pokok ni ye??
Lepas dh puas bersiar-siar tu, kitorg berehat jap.. Dlm kul 1.00 p.m gitu, cikgu panggil kitorg balik ke bas.. Lepas tu kitorg solat Zohor dn mkn tgh hari di Masjid Seberang Perai, Penang.. Lepas tu, cikgu bg kenaran selama 2 jam utk bershopping di Sunway Carnival Mall di Penang..
Kt Sunway Carnival Mall..
Aku x beli apa2 pn, cuma nengok2 je.. hehe.. Dlm kul 4 gitu, barula kitorg bertolak pulang ke MRSM Pengkalan Hulu dn kitorg selamat smpai sana dlm kul 6.00 p.m..
Masa dlm perjlnn pulang, ramai yg dh lena sbb letih wat tugasan kt Botanic Garden td.. hehe..
Sekian..

No comments:

Post a Comment